Blog Bisnes Internet

Artikel berkaitan dengan peluang perniagaan internet atau bisnes dalam talian. Ia ditulis dalam bahasa Melayu bagi memenuhi kehendak pengguna Bahasa Melayu. Artikel ini akan ditambah dari masa ke masa

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia

Wednesday, September 23, 2009

Internet Bukannya Magik Buat Duit

Internet Bukannya Magik Buat Duit

internet tempat anda buat duit dan habiskan duit


Mengapa masih ramai yang terus berjuang dan gagal bagi mencari duit di Internet? Jawapannya kerana ramai berfikir yang internet boleh melakukan perkara-perkara yang mustahil. 

Ini kerana mereka telah dijulapkan dengan kata-kata sertailah program demi program...dan send bayaran...mereka akan menerima habuan wang semasa mereka tidur. Ini kerana ada orang lain akan melakukan kerja bagi membolehkan mereka mendapat wang daripada internet dengan mudah.

Mereka dijanjikan akan mendapat pulangan 12% sehari, sedangkan pengurus-pengurus kewangan yang handal-handal di dunia ini pun berjuang bermatian-matian untuk mendapat 12% setahun.

jangan mudah tertipu dengan skim di internet
Jangan mudah tertipu dengan internet

Pelabur-pelabur ini akan menghantar berpuluh-puluh atau mungkin beratus dan beribu ringgit kepada penaja-penaja. Kemudian mereka terperanjat kerana mendapati program yang disertai itu hilang entah ke mana, dan pelaburan mereka itu hangus. 

Mereka ditipu dengan memperdayakan bahawa duit internet akan dapat diperolehi daripada aktiviti penajaan tanpa membuat atau menjual sesuatu. Makin banyak mereka menaja, makin banyak wang yang mereka akan dapat. 

Hakikatnya tiada siapa pun yang membuat apa-apa, dan menyebabkan tiada siapa pun yang mendapat apa-apa, kecuali pemilik program yang mendapat wang yang mereka hantar!

Tetapi macam mana orang mudah terpengaruh perkara-perkara yang tak masuk akal boleh berlaku yang disebabkan oleh internet? Ia berlaku kerana mereka tidak memahami internet, tidak faham apa yang internet boleh buat, dan apa yang internet tidak boleh buat. 

Apa dia Internet, dan Apa Internet Boleh Buat? 

Internet ialah sejenis komputer khusus yang dipanggil server yang boleh berhubung atau bercakap antara satu komputer dengan satu komputer yang berjuta-juta di seluruh dunia. Oleh itu server adalah mastermind atau orang tengah yang bijak bercakap dengan semua komputer di dunia ini. 

Apabila anda boleh membaca laporan ini bermakna anda membaca melalui internet. Ini kerana ada server yang serve anda bagi membolehkan anda membacanya daripada komputer anda itu. Jadi ia benda yang ajaib bukan? 

Apa internet tak boleh lakukan? 

Internet tidak boleh membuat duit. Internet juga tidak boleh menyebabkan duit masuk ke dalam bank anda kecuali anda telah memperolehi duit itu dengan cara berusaha mendapatkannya. 

Duit pada hakikatnya berada pada tangan seseorang dan duit tidak diberikan kepada seseorang kecuali mempunyai sebab yang kukuh. 

Oleh itu, JIKA ANDA INGIN MEMBUAT DUIT DARI INTERNET, ANDA MESTI MEMPUNYAI ALASAN YANG KUAT SUPAYA ORANG BOLEH MENGHANTAR DUIT KEPADA ANDA.

Apa Dia Alasan-Alasannya?

Ada dua keadaan orang rela menghantar wang kepada anda:

- Anda memperdayakan mereka...tipu mereka supaya menghantar wang kepada anda dengan menceritakan perkara yang tidak betul. 

- Atau anda memberikan mereka benda yang mereka mahu, benda yang berharga, benda yang mereka rela membayarnya. 

Oleh itu, jika anda mempunyai niat untuk mendapatkan wang melalui internet dengan cara menipu, janganlah membaca blog saya ini lagi. Jangan buang masa anda. 

Jika anda seorang yang jujur dan yakin bahawa sesuatu perniagaan yang sah akan menguntungkan kedua belah pihak, maka blog ini akan membantu anda mendapatkan duit daripada internet secara yang sah.

Pilih Program Affiliate Tak Menipu

Jika anda hendak membuat duit yang tanpa rugi joinlah program affiliate yang melambak di pasaran.

Tugas anda mengiklankan program dengan cara membanyakkan link program dalam internet. Bila ada pesanan pengeluar atau pembekal yang menghantar barang kepada pengguna. Yang anda tahu komisyen masuk ke akaun anda.

Anda cuti tak risau kerana tidak ada apa yang perlukan anda lakukan jika pembeli dengan barang yang diaffiliatekan.

Saya sendiri hanya mengekalkan satu program affiliate kerana ia sangat profesional dan boleh dipercayai. Jika tidak anda tidak perlu follow link di bawah ini.

Program affiliate ini menggabungkan ciri cari wang dan menuntut ilmu online business. Anda boleh masuk ke librari dan membaca ilmu online business yang anda suka.

Shopee Tak Pernah Menipu

Dah bertahun saya buat program affiliate dengan Klikjer.com. Ada banyak produk affiliate salam Klikjer.com. Tapi affliate di bawah ini kerap penuhkan akaun maybank saya, sebab semua orang tahu Shopee.

Jika berminat klik link ini: Cara Buat Duit Dengan Shopee














Labels: , , , , , , , ,