Sunday, April 13, 2008

Bagaimana Menyediakan Laman Web Bagi Perniagaan Online

Bagaimana Menyediakan Laman Web Bagi Perniagaan Online

Ada beberapa langkah atau tindakan yang perlu anda buat apabila anda bercadang menjalankan pernigaan online.

1. Dapatkan Nama Domain (domain name)

Nama domain (domain name) ialah alamat laman web anda. Contohnya: www.bisnessaya. com; abcde.com.my dan sebagainya. Nama domain ialah alamat laman web anda di internet. Nama domain mempunyai pemilik. Sebagai contohn, .com, .gov; dan .net dimiliki oleh syarikat Register.com. Anda hanya menyewa sacara tahunan. Sebab itu, kalau anda tidak membayar yuran tahunan, ia akan lupus dan kemudiannya ia akan disewa oleh orang lain.

Anda boleh mendapat nama domain secara percuma atau menyewanya. Kalau secara percuma, ia biasa diberikan dengan laman web sekali oleh pemilik laman web. Antara laman web percuma yang popular ialah Tripod.com.

Sebelum mendaftar nama domain, anda harus mencatit dan memilih nama-nama domain yang menarik. Ia seperti memilih nama anak atau memilih plat kereta juga. Nama domain biasa menggambarkan perniagaan yang anda hendak buat. Nama domain sebaiknya adalah katakunci (keyword) kepada perniagaan anda.

Nama domain sebaik-baiknya:

>ringkas, mudah dan senang diingati,

>mempunyai kaitan dengan produk dan perkhidmatan yang hendak dijual,

>seelok-eloknya mengandungi katakunci (keyword) bagi produk dan perkhidmatan kerana ia dapat memperbaiki kedudukukan kata kunci dalam ranking injin pencari (search engine).

Anda harus menyemak samada nama domain telah mempunyai penyewa. Jika mempunyai penyewa, anda kena mencari nama domain lain. Apabila nama domain telah didaftarkan atas nama anda, maka ia menjadi kepunyaan anda selama-lamanya selagi anda membayar fi tahunan.

2. Dapatkan Penaja Web (web hosting)

Setelah mempunyai nama domain, anda kena mencari petak laman web bagi membolehkan ia dipapar di internet. Ia umpama apabila sudah mempunyai alamat rumah (nama domain), maka kita akan membina sebuah rumah (laman web).

Bagi membina laman web, anda kena mencari syarikat penaja laman web (web hosting company). Penaja laman web ibarat kontrektor yang akan membina rumah anda (laman web) mengikut cita rasa anda.

Jika anda bercadang memiliki laman web sendiri, anda boleh mendapatkan laman web serendah USD $10 sebulan. Ini tidak termasuk yuran tahunan yang dibayar kepada pemilik nama domain. Saya dapati kos penajaan laman dari Malaysia agak mahal berbanding dengan luar negeri. Dengan penaja laman web yang begitu banyak di dunia, anda tidak mempunyai masalah mencari penaja yang bersesuaian dengan bajet anda. Yang penting anda mempunyai kad kredit. Dalam sekelip mata, anda boleh mendapat penaja yang dikehendaki kerana ia didaftarkan secara online.

Syarikat-syarikat penaja laman web menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan ada yang kurang komprehensif. Ada yang menawarkan dengan kos yang mahal dan ada dengan kos yang rendah. Umumnya penajaan laman web yang mahal akan menawarkan komponen produk yang lebih banyak berbanding penajaan yang murah.

Dalam memilih penaja laman web, yang penting ialah laman web mempunyai sambungan ke internet dengan pantas dan laman web boleh menerima banyak lawatan (bandwidth) dalam satu-satu masa. Anda juga kena pastikan penaja mempunyai server berkapabiliti tinggi dan mempunyai ciri keselamatan yang baik bagi menghalang serangan virus dan penyangak atau pemusnah laman web.


3. Sistem Pemerosesan Bayaran

Perkara seterusnya dalam perniagaan internet ialah menyatukan laman web dengan sistem transeksi perniagaan. Transeksi perniagaan adalah aspek terpenting dalam perniagaan online. Dalam konteks ini, transeksi berasaskan kad kredit adalah paling popular kerana ia sistem transeksi paling cekap, terpantas dan paling diterima dalam perniagaan online di seluruh dunia.

Hampir 100% perniagaan internet menggunakan kad kredit. Visa dan MasterCard adalah paling popular. Perniagaan online anda akan gagal sekiranya anda tidak mahu menerima kad kredit. Komponen penting sistem pembayaran online ialah keselamatan. Ini kerana aspek keselamatan akan menentukan pembayaran dibuat dan diterima oleh pihak-pihak yang berkenaan.

4. Sistem Susulan

Dalam perniagaan internet, tidak semua prospek akan membeli barangan pada kali pertama ia menjumpai laman web anda. Mereka akan membandingkan produk anda dengan pesaing anda yang lain. Prospek memerlukan masa untuk berfikir sebelum membeli barangan; atau prospek terus meninggalkan laman web anda. Dalam hal ini, prospek mungkin dah lupa laman web anda.

Oleh itu, anda perlu menyediakan sistem automatik yang akan membuat susulan kepada prospek bagi terus memujuknya bagi membeli produk anda. Sistem susulan yang baik sudah tentu berjaya menjual produk walaupun prospek sudah lupa laman web anda.

5. Menulis Newsletter Susulan Bersiri

Newsletter yang ringkas harus mengandungi maklumat berharga kepada prospek kerana umumnya prospek tidak suka diganggu dengan susulan email bagi memujuk supaya membeli barangan yang anda tawarkan. Bagaimanapun, prospek bersedia menerima maklumat yang berharga melalui newsletter, yang mana pada akhirnya anda akan berupaya mempengaruhi prospek membeli barangan.

5. Melanggan Perkhidmatan Autoresponder

Jika anda pernah meminta maklumat secara online, atau menyertai e-senarai (e-list) atau e-kumpulan (e-group) dan kemudiannya menerima secara sepontan email, maka program autoresponder adalah bertanggungjawap dalam menghantar balasan email.

Autoresponder ialah satu program komputer yang secara automatik akan menghantar mesej email yang telah tersedia ditulis kepada mana-mana pelanggan yang anda kehendaki. Maklumat pelanggan diperolehi daripada pengkalan data. Anda boleh menentukan kekerapan dan tempoh menghantar setiap mesej.

6. Simpan Surat Susulan ke Dalam Autoresponder dan Tetapkan Kekerapan Menghantar Surat

Simpan semua templet tertulis (pre-written) ke dalam sistem autoresponder. Tetapkan bila email/surat pertama harus dihantar dengan segera, katakan pada hari yang sama. Ini bermakna porspek anda akan menerima surat anda yang pertama sebaik sahaja ia melanggan siri surat-surat. Surat kedua anda boleh dihantar pada hari ke-2, surat ke-3 dihantar selapas 2 hari kemudian, iaitu mengikut kehendak anda.

Dengan artikel ringkas ini dapat membantu anda dalam merintis perniagaan online.

http://www.tiptopwebsite.com/mansid

Anda bayar USD39 dan anda dapat program internet bernilai USD213,997

Autoresponder: www.aweber.com

How to Become Professional Blogger