Blog Bisnes Internet

Artikel berkaitan dengan peluang perniagaan internet atau bisnes dalam talian. Ia ditulis dalam bahasa Melayu bagi memenuhi kehendak pengguna Bahasa Melayu. Artikel ini akan ditambah dari masa ke masa

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia

Sunday, March 22, 2009

Berhenti Berfikir Sebagai Pengguna

Berhenti Berfikir Sebagai Pengguna


Berfikir sebagai pengguna akan memusnahkan bisnes anda belum pun anda memulakannya.

Sebelum ini kita bersetuju yang kita patut menawarkan sesuatu yang bernilai kepada pengguna.

Bagi berjaya dalam perniagaan, kita hendaklah berfikir sebagai ahli perniagaan, seseorang yang menjual barang.

Bagi berjaya dalam perniagaan, kita hendaklah mengenalpasti sejumlah besar pelanggan berpotensi, tentukan apa yang mereka sanggup bayar, dan dapatkan produk yang mereka mahu dalam lingkungan harga yang mereka sanggup bayar itu.

Ali yang berminat dalam perniagaan mula mengakses apa perniagaan yang sesuai bagi mencari produk yang ramai orang mencari dengan harga yang berpatutan.

Ali membuat carian dalam injin pencari (search engine) dan mendapati "membuat duit" (making money) secara online adalah potensi perniagaan terbesar masa kini. Dan berjuta-juta manusia sedang mendapatkan perniagaan online yang sah.

Ali mendapati banyak cara membuat wang online dan menjanjikan pulangan yang cepat menjadi kaya raya seperti "join sekarang dan akaun paypal anda akan diledakkan dengan tunai ketika anda tidur".

Tetapi itu bukan menjadi hal kepada Ali, itu bukan yang beliau cari. Ali bukan mencari barang yang dia hendak BELI kerana ini fikiran sebagai pengguna. Ali hendakkan barang yang boleh membina perniagaan di masa hadapan. Dia sedang mencari barangan yang ORANG LAIN akan beli.

Ali tidak mencari perniagaan yang membolehkannya menjadi jutawan segera tetapi perniagaan yang boleh membantu orang lain. Ini kerana sebagai ahli perniagaan, semakin ramai dia membantu ORANG LAIN maka semakin banyak wang yang Ali akan dapat.

Pada suatu hari Ali telah menemui satu Laporan bertajuk "Internet Wealth Report" dan membacanya.

Laporan itu menceritakan bagaimana memulakan perniagaan menguntungkan secara common sense yang dapat membantu orang, barang atau perkhidmatan yang mampu dibeli, dan mereka gembira membelinya.

Laporan tidak menjanjikan Ali untuk menjadi jutawan dalam sekelip mata tetapi ia mengajar bagaimana memulakan perniagaan sendiri...dan membuat duit...dengan membekalkan produk kepada berjuta manusia di seluruh dunia tanpa sebarang risiko.

Laporan itu memberi ilham kepada Ali memulakan perniagaan yang produknya dikehendaki oleh ramai orang. Sekarang Ali akan menubuhkan perniagaan online yang sesuai dan mencari produk yang bersesuaian.

Adakah di dunia ini perniagaan yang lengkap?

Ali mula menyenaraikan ciri-ciri perniagaan yang lengkap:
  • Ali mahu perniagaan yang telah siap dan boleh dimulakan pada bila-bila masa...99% automatik...senang dimulakan dan senang dilaksanakan.
  • Ali mahu perniagaan yang semakin berkembang, menawarkan produk berkualiti yang dikehendaki oleh ramai orang, harga yang rendah dan mampu dimiliki oleh ramai orang.
  • Ali sukakan produk digital...produk ini boleh dihantar secara internet...boleh dihantar dengan segera tanpa kos...memberi kos yang rendah dan memberi pulangan yang tinggi.
  • Ali mahukan perniagaan yang boleh menghasilkan stok barang dengan banyak tanpa membuat pesanan.
  • Ali mahukan perniagaan yang memberikan komisyen yang banyak ke atas jualan daripada laman webnya. Kalau boleh laman webnya disedia dan dijaga dengan percuma.


Dapatkan bisnes yang lengkap. Klik sini


Labels: , , , ,