Sunday, February 17, 2008

Bagaimana Menjana Pendapatan Dengan Menjual E-buku!

Pendahuluan

Internet membuka peluang yang luas kepada suri rumah, pesara, pelajar dan penganggur mendapat pendapatan bagi menyara hidup diri dan keluarga. Yang penting ialah memilih perniagaan internet yang sesuai dengan minat anda.

Artikel yang saya tulis ini mencadangkan anda memilih perniagaan Program Bersekutu atau Affiliate Program. Saya memilih perniagaan bersekutu kerana saya berpengalaman dengan perniagaan ini. Ada banyak perniagaan bersekutu seperti menjual barangan kesihatan,perlalatan rumah, majalah, komputer dan bermacam-macam lagi. Dalam artikel ini saya mencadangkan program bersekutu bagi jualan e-buku (e-book).

Prinsip Perniagaan Program Bersekutu

Produk

E-buku disediakan oleh penerbit. Ia merupakan buku softcopy dalam bentuk fail pdf. e-buku ini tidak akan habis "cetakannya" kerana ia boleh dibuat secara save as sahaja.Ia tidak ada kos pengeluaran.

Harga Jualan dan Kos pengeluaran

Oleh kerana e-buku adalah dokumen pdf dan boleh dibuat salinan, maka kos pengeluaran adalah kosong. Ini bermakna anda boleh menjual pada sebarang harga. Bagaimanapun, berdasarkan perjanjian dengan pengeluar, anda biasanya diminta menjual pada harga yang ditetapkan.

Oleh kerana e-buku adalah murah, jadi ia satu produk yang senang dijual.

Pelanggan

Seluruh penduduk dunia adalah pelanggan anda. Anda boleh menjualnya kepada siapa yang berminat.

Waktu Perniagaan

Waktu perniagaan adalah 24 jam sehari dan 7 hari seminggu kerana perniagaan anda sentiasa terdedah di dunia internet.

Penghantaran

Hantaran keseluruh dunia hanya dalam masa sesaat sahaja. Ini kerana penghantaran secara eletronik dan boleh didownload melalui hantaran email atau melalui link yang diberitahu.

Pemasaran

Pengusaha program bersekutu yang bagus biasanya menyediakan alat-alat pemasaran yang lengkap bagi membantu anda. Ini termasuklah surat jualan (sales letter); contoh email kepada bakal-bakal pelanggan; forum khas bagi membolehkan anda berinteraksi dengan pengeluar atau ahli-ahli bersekutu yang lain; pautan (link) yang dicadangkan bagi mempromosikan laman web bersekutu.

Transeksi Secara Eletronik

Ia adalah proses yang paling menarik dan penting. Mari perhatikan:
-->Ahmad jumpa laman web anda
-->Ahmad memesan e-book
-->Ahmad membayar secara kad kredit atau Paypal atau AlertPay
-->Pengeluar menghantar secara eletronik e-buku kepada Ahmad
-->Anda menerima bayaran dan dimasukkan ke dalam Akaun Paypal atau AlertPay
-->Anda diberitahu melalui email iaitu anda telah menjual ebook berserta komisyem
-->Anda memindahkan komisyen ke kad debit
-->Anda mengeluarkan komisyen daripada ATM di tempat anda.
----->Adakah ia satu proses yang menarik<--------


Pautan(Link)Turn-Key Internet Business for Home Based

Anda bayar USD39 dan anda dapat program internet bernilai USD213,997

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.